Percutian Golf AGS
Golf Scotland
Scotland Golf Vacations kebiasaannya termasuk bermain golf di St Andrews, yang terkenal di seluruh dunia sebagai 'Syurga Golf'. Kesemua Lawatan Golf Scotland kami mempunyai pakej golf St Andrews dan anda boleh bermain di padang golf lama St Andrews. Pakej-pakej golf Scotland boleh termasuk lima padang golf Kejohanan Terbuka yang terletak di tanah tinggi Scotland yang indah dan ibu kota Edinburgh. Ia adalah sebuah negara yang kecil dan oleh itu percutian golf Scotland anda tidak perlu mengambil terlalu banyak masa perjalanan. Perjalanan Golf ke Scotland yang terbaik adalah dari bulan Mei hingga Oktober.
Golf England
Pelancongan golf England boleh termasuk empat padang golf Kejohanan Terbuka dan percutian golf England sering digabungkan dengan lawatan ke London, atau boleh juga berpusat di London. Kami kini menawarkan pakej 'Kejohanan Terbuka 2012'. Kejohanan itu bermula dari 19 haribulan Julai hingga 22 haribulan Julai 2012 di Royal Lytham Golf Club di North West England. Ia boleh digabungkan dengan lawatan golf di England atau Scotland. Perjalanan Golf ke England yang terbaik adalah pada bulan April hingga Oktober.
Destinasi lain
Kami juga menawarkan lawatan golf di Ireland dan Wales dari Mei hingga Oktober dan sepanjang tahun ke Sepanyol, Portugal dan Itali.
Perkhidmatan kami:
AGS Golf mengkhusus dalam pakej golf dengan perkhidmatan peribadi. Kami menawarkan lawatan beriring dalam koc mewah dengan pemandu profesional atau pandu sendiri. Presiden AGS Golf Adrian Stanley adalah seorang bekas pemain golf profesional dan ahli Kelab St Andrews. Beliau sendiri akan menyelia hal-hal golf dalam lawatan anda. Kebanyakan pelanggan kami lebih gemar bercakap pada pemain golf yang berpengalaman yang boleh menasihatkan mereka mengenai pilihan lokasi dan kursus.
Apabila jadual perjalanan anda sudah dipersetujui, kami akan menempah masa ti anda, penginapan dan pengangkutan untuk memastikan percutian golf anda menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan. Kami juga boleh menguruskan lawatan bersiar-siaran dan jurubahasa boleh disediakan jika perlu.
Syarikat ini:
AGS Golf telah mengendali lawatan golf selama lima belas tahun. Kami merupakan ahli Persatuan Pengendali Lawatan Golf Antarabangsa (IAGTO) dan bekerja pada tahap profesional yang telah ditetapkan oleh mereka. Pelanggan kami adalah golongan pemain golf yang ingin bermain di padang-padang golf yang terbaik dan memberikan nilai yang baik. Kami menyediakan perkhidmatan yang sangat peribadi dan mendapati bahawa ia menjadikan para pelanggan kami tidak henti melanggan perkhidmatan kami.
Apabila memasuki laman web kami sila jangkakan semua kandungan dalam Bahasa Inggeris. Di samping itu kami meminta agar semua urusan surat-menyurat dibuat dalam Bahasa Inggeris.
Klik di sini untuk melawat laman kami!